Thursday, July 09, 2009

GET TO KNOW YOURSELF BETTER

Hi guys..lame xtulis ape2 kat sini..bz sket dgn urusan harian..but for today, just nk post sumthing that i got from my friend's blog..i just try it..and it fun..i hope you guys bleh try juge..just for fun..don't take it serius..may be sket sebanyak ade yg same dgn diri korang...mcm my result below..ade la gak yang same..hehe..Jom tgk!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don't focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Hehehe..no komen la..but one thing yg i really concern is i just love the way i am but i also need an advice from others in order to improve myself..we are not perfect!

Korang leh cuba di sini http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx

Friday, February 13, 2009

HAKIKAT PERNIKAHAN...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita...???

1) Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

2) Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

3) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

4) Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangantidak dapat memberi anak.

5) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

6) Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

7) Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Fikir-fikirkan...

Wednesday, November 19, 2008

C.U.B.A
Cuba kau dengar..Cuba kau cuba..Diam bila ku cuba untuk berbicara dengan kamu..
Pernahkah kau ada..Bila ku perlu 'tuk meluahkan rasa hati..
Dan bila kau bersuara..Setia ku mendengar...Agar tenang kau merasa..

Siapa sebenarnya aku padamu...Mungkin sama dengan teman lain..Yang bisa kau buat begitu..
Dan bila tiada lagi teman bermain..Kau pulang mendapatkan aku..Itulah aku…padamu..

Cuba kau lihat..Cuba kau cuba..Renung ke mata aku bila ku kaku melihatmu..
Pernahkah kau ada..Bila ku perlu 'tuk menyatakan rasa sakit dalam diri..
Dan bila kau perlu..Setia ku menunggu...Agar senang kau merasa...

Siapa sebenarnya aku padamu..Mungkin sama dengan teman lain..Yang bisa kau buat begitu..Dan bila tiada lagi teman bermain...Kau pulang mendapatkan aku...
Itulah aku…padamu..

Maafkan kerana aku tak pernah terlintas tuk menulis pada mu..Salahkan ku...Tak mungkin lagi aku meminta untuk kau mendengar..Untuk kau melihat ke mataku...

Siapa sebenarnya aku padamu...Mungkin sama dengan teman lain yang bisa kau buat begitu... Dan bila tiada lagi teman bermain..kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku…padamu.

Saturday, October 25, 2008

A GOOD COME BACK?? HUH..


Hi! i'm back after a very long break...saje je ni..da lebih setahun xtulis ape2..haha.. ingatkan account ni dah expired sbb da lame sgt tak bukak..and aku lebih suke intai2 kengkawan aku punye blog..diorg memang pandai menulis and i really enjoy reading their posts..hehe at least dpt update berita2 terkini...uhmm..memang excited! macam2 cerite ade..Kisah aku..uhmm xde ape kot..macam ni la..nothing interesting..i live in in my own world..serupe bunyinye mcm katak yang duduk di bawah tempurung.."ong..ong.." hehehe..

Ssebut psl katak..teringat kwn aku sorang ni yang easy attracted to katak..hahahaha..Ilah!! really miss u...hehhe eh Cikgu Ilah la...hahaha..teringat zaman2 Ratwoo's dulu..uhmm..bile la nk jumpe mereke2 ini...rindu korang...harap korang sihat2 dan bahagia dengan hidup korang sekarang...muaaahhhhh hugs n kisses to all the ratwoos, Ms. Ratwooshosh, Ms. Ratwookent, Mdm. Ratwooburrp, Ms. Ratwoothing, Ms. Ratwooblur, Ms. Ratwoodoo! Hidup Ratwos!!!! and semua kengkawan yang sentiasa ade disisiku dalam susah atau senang..sayang kamu semua..








P/S: More pictures will be update later..ntah mane aku letak gambar2 korang nie..aduiyai..

Tuesday, November 13, 2007

Masa:4.40pm
Lokasi: Ofis, Tgkt 20 Menara Celcom.
Tengah wat ape: Wat tak tau..ICOMS slow...xleh akses. xtau nk wat ape..bosan..

Kat luar hujan..sebab tu ICOMs down kot..huhuh..sejuk. tetibe lak teringat kengkawan aku kat luar tu..mimi,azie, ilah..semue2 lah..apelah yang korang buat ek..time2 cam ni..alamak! ape lagi keje la..alhamdulillah..semuanya dah keje..skrg tunggu sape yang nk kawin je..hiihi..ade 2 3 orang tu dah bau2 basik minyak..amin2..ku doakan cepat2 ler..hihihi..

OK La..ICOMS akau dah ok ni..sambung keje..

tatatata..

Monday, April 09, 2007

Assalamualaikum everybody..hari ni tak da apa nk buat..mcm biasa, rutin yg sama.. So nk kongsi sket kata2 hikmah ni...

KATA-KATA HIKMAH

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali
setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Wednesday, March 14, 2007

M.U.K.H.S.I.N - Everyone has a first love story to tell


Mesti korang penah dgr ayat kat atas ni..citer baru tu..Yasmin Ahmad punye..org kate citer ni best tp aku xde chance lg nk g tgk..kalo tgk promosi dier, nmpk citer ni ade kelainan..act aku xpaham sgt citer Yasmin Ahmad ni..tp ikutkan citer2 dier ade logic gak..cam SEPET and GUBRA tu..lain dari citer Melayu lain yg aku dah tgk..maybe ini permualaan yang bagus dalam
industri perfileman kite..perubahan kene ade..ish..ape aku melalut ni..?aku nk citer bende lain sebenarnyer..uhmm ape yang aku nk tulis ni xde kaitan dgn ayat kat atas tu..kalo nk citer pasal first love aku ni..may be next posting la ek..next next posting ke...hehe cume aku teringat zaman silam aku pasal MUKHSIN ni..bukan Hani Mohsin tau..itu sume org kenal..dah arwah pun..uhmm ni MUKHSIN lain...


Dulu mase aku darjah 5 xsilap..aku ramai kawan kat umah aku ni..xtermasuk sepupu jantan aku yang ramai..tp time tu aku dah xjoin diorg la..xkan nk g main bola sepak kot...so aku join kengkawan aku yg pompuan ni..dlm group aku adalah dlm 5 org..sume suke la main..masak2 la..main getah la..dlm group aku ni ade sorg budak chubby..dier tue aku setahun..darjah 6 la kan..dier bgtau kitorang,dier nampak ade budak ensem main bola..dgn bebudak tu la..(sepupu sepapat aku la tu...). Budak baru kot..xpenah nmpk...Gayenye kawan aku tu cam dah interested pulak..Beriye giler citer..Nak g tgk dekat2.Aku mule2 x amik port sgt bende2 ni...ala budak2 main bola..biase la kan..tp sebab kengkawan aku ni excited sgt nk g..aku pun g la same kat padang tu..helahnye mule2 nk g kedai la konon..sbb lalu kt padang tu gak nk g kedai..tgh2 jalan tu mata aku pandang2 la..mane satu budak tu..ensem sgt ke?tgk2 punye tgk..leka sgt..tetibe aku dgr.."Woi..bola..bola!!!" Adoooiiiiii..Tetibe aku rase pening plak..Dalam hati aku ckp..Apekehe nye bola ni...Malaun mane yang xreti main bola ni..igt kepale aku ni tiang gol ke?? Aku dlm sedar xsedar terhoyonh hayang..member2 aku tolong la kan..yg tergelak nk terguling pun ade..aku panas je..korang la ni nk g sgt tgk budak tu..kepala aku yg jadi mangse..siot!aku dgn nk cover malunyer..dgn sakitnyer..tahan je..Dalam pade tu aku terdenger bebudak ni jerit.."Woi mukhsin, ko yg tendang..ko g la amik.." Aku panas giler time tu..aku tunggu je sape yg nk dtg amik bola kat aku ni...Tetibe abg sedare aku yg gentleman ni (dier main bola gak..)dtg kat aku nak amik bola..dier kate "Wani..mukhsin kate sorry la..dier xsengaje..Sakit ke?" Aku nk ckp ape..mmg sakit la..pening..Aku balas balik; " kate kat dier..Sorry naik lori la..." Puas hati aku..Sejak tu..kalo kengkawan aku citer pasal mukhsin ensem la, pandai la..aku panas je..aku kutuk lg ade..aku kate xgentleman la..penakut la..kikiki..kalo terserempak ngn dier kat pasar malam aku wat dek je walaupun dier selalu senyum kat aku..Ciss..senyum konon..mcm ensem je..(mmg hensem pon...)hahahhhahahhhahahah...

P/S - Lepas ni harap2 jgn jumpe lagi mukhsin tu..x mau!!!

Monday, March 05, 2007

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
> Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "
Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
> Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.
Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Monday, February 05, 2007

Tiap bicara manis..
Bagaikan selumbar bisa
Kau tanam di jiwa..
Tak terlihat oleh pandangan matamu

Tiap bicara manis..
Memujuk dan merayuku
Tak usah berlalu dan merajuk bawa hati pilu

Keikhlasan hatiku bukanlah untuk dibalas
Cukuplah sekadar jadi kenangan waktu berjauhan

Andai sudah tiba masa
Dan tiada jodoh kita
Biar kita berpisah dari merana

Monday, January 22, 2007

HAPPY BIRTHDAY MIMI.....


Haahahahahah...ko dah dah 24 mi....aku belum lagi...kikiki..kalo ikutkan zaman mak2 kite dulu...umur2 camni dah kawin tau..yg ade anak 2 3 org pun ade..hihihii...Tp xpe la mi...itu zaman dolu2..btol x? So ape2 pun..aku aku harap ko bahagia, aku tau ko skrg tgh bahagia banget...hihih..i'm happy for you my friend...jgn lupe aku sudah....hihih..ok mi..da.....


"
Photobucket - Video and Image Hosting

Friday, January 19, 2007

Hai...Salam semua...ari ni aku nak kongsi cerita yg baru aku dapat dr email aku pg td...tajuk dier SAPE SALAH???? Uhmmm korang layan la ek..citer ni mmg klaka..just for fun...kalo nk pk2 boleh jadi perang gak..tp take it easy k..? Ok..Let's have fun!!!

Ok...citer ni ade 2 surat dari ayang kpd abang...dan dr abang kpd ayang....amboi..lovingnyer....hihih.."abang......." - "ye ayang......" kukikuki...

Memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.. Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love, ayang

______________________________________________________________


ni abang lak bagi....

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..


Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu?.

Ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love, abang


____________________________________________________________________

Heheheheehehe.....so..sape yg salah??hehehe..nak komen..?postla kat shout box tu....hahahaha

Thursday, January 18, 2007

Hari Ini Dan Semalam Seorang Hazwani...


Kate org..seseorang yang berjaya itu, hari ini adalah hari yang lebih baik baginya daripada hari semalamnya..tp bagi aku pulak hari2 same je...itu2 lah jugak..dah nak dekat sebulan mcm tu lah jugak..xde keje lain..bgn, mandi, masak, basuh kain, sidai kain.."angkat kain.."opps..(angkat jemuran la...korang ni jgn pk lain plak..hah tu dah sengih2 la tuh..)uhmmm tu je la keje aku..bosan!!!! Adekah aku sekarang ni orang yang gagal..? Fuhhh takutnye..

Dalam pade aku kate hidup aku kini membosankan..ade gak yang bestnyer...seperti; melayan adik2 aku,tunggu mak ayah aku balik keje..wat minum petang...best gak..uhmm..xyah nk jumpe2 org..dgn keadaan muke aku yg sangat merisaukan ni..aku mmg rase inferior betul..ko tau la aku..sket2 pun nak kate teruk2 giler..hmmm..nak wat cane..itu lah aku..hihih..Tp mmg betul..skrg ni mmg keadaan aku x mengizinkan..segan ya amat nk kluar..huhuhuh

Sambil2 dok umah ni..Ade la gak aku ni berinternet sekejap..itu pun xlame..aku hadkan sehari aku akan online sejam je..kalo xpagi2..malam2..uhmm..time tu la aku cek email..tgk2 kot2 ade reply daripada mane2 company..maklumla aku job seeker..hampeh la..smpi skrg xde ape2 lg..sedih je..belom rezeki kot..sabarlah wahai diri ini..sambil2 tu aku jenguk gak sape2 yang tgh online dlm ym..tegur2 mane2 yang patut...hehehe..update blog aku ni...tu la keje aku..boring kan...? Aku harap bende ni xlame dan aku akan cube ubah hari2 yang mendatang menjadi lebih baik..InsyaAllah..

RINDUNYER!!!!!!!!

Friday, January 05, 2007

The Missing Piece

Pagi tadi...jam 2.30 pg..aku habis bace buku the missing piece ni..bhgn 2...wahhh..what a great story..kedua2 buku ni..bhgn 1 & 2 memmang istimewa dan unik sehingga buat aku tertanye..kalau betullah citer ni seperti yang ditulis olehnya..aku rase dierlah seorang wanita yang bertuah..sebertuahnyer...memiliki dua cinta agung dari dua org suami yang menyintainya sehingga ke akhir hayat mereka..seorang wanita yang seistimewa dia..yang dapat menempatkan dua lelaki istimewa ini di singhasana hatinya sehingga kedua2 cinta lelaki ini menjadi satu tugu yang agung di hatinyer..ade ke seorang suami yang sebaik Lawrence..?yang digerlar dewa sutera dewangga oleh Imrah..seorang lelaki,kekasih,suami dan ayah yang dipuja Imrah sehingga sukar baginya untuk memamdam segala kenangan yang ditinggalkan olehnya di persada taman Imrah di Minden Heigh..dan ade ke kekasih yang sesetia Charlie? yang sanngup menunggu Imrah sehingga 20 thn lebih..?menanti dan terus menanti dan akhirnya berjaya memilikinya dan bahagia hanya beberapa tahun sehingga die dijemput ilahi..what a tragic love story of Imrah...

Dari citer ni aku dapat satu pengajaran yang aku xsangke2..iaitu..Cinta dan kasih sayang itu perlu dalam mewujudkan satu perhubungan yang suci..tetapi walaupun kasih sayang dan cinta itu sehebat cinta Imrah kepada Lawrence dan Charlie..yang cinta agung..lebih hebat dari cinta dunia dan segala isinya..ia tetap tidak dapat manandingi cinta seorang manusia kepada Pencipta-Nya..cinta itu akhinya beralih arah kepada cinta yang paling agung..cinta kepada Allah SWT.

Dan 1 lagi..kalo kite cinta dan sayang kepada seseorang..jangan la berlebihan..dlm cite ni, Imrah ni terlalu sayang dgn suami2 dier yang dah meninggal tu sampai dier sangke kalo dier mati nnti dier aku jumpe dgn suami2 dier dan akan sambung balik percintaan mereka di alam yang lain..tetapi sebenarnyer..perkara itu tak akan pernah terjadi..so kalo korang pernah dengar kate2 seperti.."nantikan daku di pintu syurga...." uhmmm...hampeh la jawabnyer...sebabnyer...perhubungan yang dicipta di dunia ni sama ade korang ni suami isteri ke..tunang-menunang ke..kasih kekasih ke..but once you die..terputuslah segala perhubungan keduniaan ini denganmu..yang menjadi penghubung hanyalah..amal ibadat korang mase hidup korang..amal jariah korang dan doa anak2 korang yang soleh..yang lain xdak...dan kalo ditakdirkan korang berjumpe dgn pasangan korang di alam sebelah sane itu dgn izin Allah SWT..perhubungan itu terbatas kepada hubungan sesama saudara Islam...bukan seperti hubungan yang kamu cipta di dunia...huhhhhh..dasyat kan?kalo dapat jumpe kat sane pun..kite xkenal dier dan dier xkenal kite...itu lah hakikatnyer..so kalo sesorang balu atau duda yang sangat setia dgn suami or isteri mereka yang dah meninggal tu..jgn menyiksa diri,meratap, sedih dgn pemergiannya..jgn siksa diri dgn hidup sendiri sampai ke akhir hayat..dgn harapan akan bertemu semula dgn mereka di akhirat kelak sebagai pasangan..bangkitlah dari kesedihan..isilah setiap detik yang mendatang dengan amal2 ibadah..sentiasalah doakan mereka bahagia di sana dan mohonlah agar mereka ditempatkan ditempat org2 yang beriman dan soleh..hidup kite ini kite mesti diteruskan dengan bekalan2 untuk kite ke sana..tapi tu la..kite ni hanya manuasia biase yang serba kekurangan...kalah dgn perasaan..dgn doa dan harapan yang xputus2 kepada Allah SWT shj dapat membangkitkan kita utk teruskan kehidupan.di dunia ni..bak kate Saidah Nafsiah..satu watak dlm citer ni..katanya "kite ni samalah dengan orang2 yang beli tiket perjalanan sehala..Bila sampai ke sana,kite tidak mungkin akan kembali ke sini..jadi dalam perjalanan itu kite kenalah buat bekalan byk2.."so pandai-pandai la korang interprate ape yang dier kate tu..pada aku, kate2 dier memberi satu ketukan yang hebat dkt hati aku..same2 la kite renungkan..

Fuh...tetibe aku terase plak..jahilnyer aku,Ya Allah..ampuniku...

Wednesday, December 20, 2006

Sekolahku..Memoriku...
Ni ade la mamat sorang ni..ngade2 suh aku buat...
Dah berape banyak sekolah aku pegi setakat ini?
Banyak gak...lbh kurang 2 3 skolah..

.: Sekolah Tadika Islam At-Taqwa Taman Setapak (1988-1989) :.
Aku sekolah kat sini 2 tahun..tadika 5 thn n 6 thn..kat sini la aku blaja berkawan, bermain dan bergaduh..hahahah..biasela..
Kat sini dulu aku suke masuk nasyid.hihi Pantang ade occasion..adelah muke aku dlm kumpulan nasyid tu..tp duk blakang je..huhuhuh..background singer..huhuhu..
Pegi balik naik bas skolah..Bas Makcik Jora.Paling xlupe mse naik bas skolah..makcik drebar tu ade jual sate ikan ngan eskrem seposen..hari2 aku dok bedal 2 bende tu..hihi
Ni gambar mse aku skolah tadika dulu..hihih..carilah mane satu aku...
Photobucket - Video and Image Hosting

.: Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Dua (2) (1990 - 1995) :.
Time ni da skolah betul. Skolah dier lame lak tu..1/2 hari..huhi..Aku sesi petang..yelah budak Gombak 1 sesi pagi..kitorg gilir2 pagi petang..best gak skolah sini..dekat pun dekat. Sepupu sepapat aku sume kat sini..uhmm darjah 1 - 3 xde mende sgt la..budak biase..naik darjah 4 aku jd pustakawan.Ntah cane leh jd pun aku xtau..nk kate rajin g library..hampeh! ntahnyer..suke suki je cikgu2 ni suh buat keje kat library tu..boring.darjah 5 n 6 naik pangkat sket..jadi pengganas..oopss pengawas..huhu..Skolah aku time ni pelik sket uniform pengawas dier..baju kaler kuning..hihi. Tapi sayang la..xde gambar mse time skolah sini.huuhuhuhu.Jadi aku ltk jela lambang skolah kitorg ni..

Photobucket - Video and Image Hosting


Majulah dan majulah Gombak Dua, Berjaya serta berjasa!

.: Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia :.
Sekolah ni lg best..dah besar la katekan...ramai member skolah rendah aku ade sini..tu yg xkekok sgt..cume kelas je la lain..aku kelas ke-4..huhuhu..member2 ramai kelas atas..sian aku. Tp walaupun kelas bawah..tp best..haha..tunjuk skill mcm2. Kire xseganla..kat sini aku perform gakla..kire ranking top 10, top 5..blagak2..(haha..mane xnye kelas biase2) Naik form 2 nun jauh aku naik..kelas 2A1..kat sini jgn citer la tunjuk belang..byk star kat sini..so kite pun humble la..biase2 je..respek la kunun kat bebudak pandai ni..hihih..tp ngn diorg gak aku blaja..kire sume leh masuk la walaupun byk klik.Naik form 3 xde main2 lg..struggle..balik skolah study..weekend tuisyen..budak baik..kikiki

Ni gbr time pekse pmr ari tu..bdk2 8A..ade ke aku kat situ..?eh xde kot..hihih

Photobucket - Video and Image Hosting


Masuk form 4 dah xbest. kengkawan aku ramai dah g mrsm la, asrama la..dok la ku ngn member yg tggl..huhuhu tp kejap je..lps 2 3 bln, sume dok pakat mai balik..ahhhaaha.best betul korg ade..ceria idup aku..
Form 5 lak lain citer.Nak pekse dah..tp aku rase cam miss sumthing..aku blaja x seperti mase pmr dulu..xtau nape..tp aku just try my best..dan alhamdulillah ok..
Ni aku tnjk gbr2 time skolah dulu. Jangan gelak plak..muke sememeh time ni...hahaah

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni time form 4

Photobucket - Video and Image Hosting

Yang ni form 5

.: Universiti Tenaga Nasional :.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ni la kolej aku..Kolej IT

Lepas SPM, aku ditawarkan belajar kt sini. IT course. Aku amik je la. Kat sini aku kene blaja 5 thn..uii lame tu..itu pun xabih2 lg ni. penat betul blaja ni. Kat sini aku jumpe ramai org..dr byk tempat. Kat sini kene berdikari..xmcm skolah dulu, sume cikgu nk suap. Uiii letih ooo..research la..assignmet, tutorial,project..giler arr.tp sume2 bende ni buat aku belajar yg idup ni xde yg senang..sume kene usaha.xde yg datang bergolek. Kene competative,progressive, kalo x..ketinggalan la..uhmmm..
Rasenyer aku byk giler blaja bende yg aku xsangke aku akan blaja..hui susah nk paham tu. Kat sini la aku jumpe first love aku..huahuahua..Sampai situ je. Jgn nk lbh2..hihi
Aku rase stakat sini je kot aku blaja..lps ni nk kene keje plak. Kire nk berakhirlah zaman study aku..huhuuhu..pasti aku akan merindui zaman ini..huhuu..Betul kate org..zaman blaja la zaman paling best..huhuhuhuh aku xnafikan....
Kat bawah ni ade kenangan2 aku mase blaja kat sini..hihi

Ni gamabr bdk2 kelas Software Engineering sec 1..ngn Sir Nazri yg mmg sporting

Photobucket - Video and Image Hosting



Photobucket - Video and Image Hosting

Kenangan bersama rakan seperjuanagn..time ni murni's appreciation night yg 1st time aku pg..


Photobucket - Video and Image Hosting

Bergambar bersama teman2 sekuliah..

Adakah aku ni budak yg study giler atau pun last minute person?
Uhmm..mase skolah dulu..aku study giler la..continous study..ade jadual sendiri..huhuh Tapi skrg ni jgn harap la..mmg last minute punye org..time tu la rase nk blank..rase nk muntah sbb study..huhuh

Budak 'taiko' vs Teacher's pet?
Due2 pun bukan. Aku tgh2.. Xreti la nk tunjuk taiko ni..kat rumah boleh la.hahahaa Aku biase je..ikut je.. Aku meluat gak tgk budak2 yg teacher's pet ni..mengampu je kejenyer..sorry..not my type..!

Break school's rules???
Hihi..ade skali la..ni mmg xpatut sbg seorg pengawas..huhuh tp digelar pengawas sporting bg budak2..huahuahua Al-kesahnyer..aku g lepaskan sekumpulan budak pelajar lewat..kuikuikui.buat rules sendiri tu.Supposely bdk2 tu kene tahan n g kutip sampah kat padang under pengawasan aku..sbb aku jage pagar time tu.tp sebabkan aku mls nk g..panas lak tu..aku lpskan diorg..muahahaha.. Last2 cikgu dpt tau n aku kene warning..cikgu tu kate "kalo awak pandai2 nk wat camni lagi..dgn awak2 sekali g kutip sampah kat padang tu..." -"Baik cikgu..hihi" muahaahahh

3 Subjek yang aku suke time skolah..
1- Sejarah 2- Matematik 3- Sains

Cikgu2 yang aku suke sgt time aku blaja..
1- Cikgu Rozita (ajar aku BI, dier buatkan aku suke BI) 2- Cikgu Roshidah (Ajar Math Moden.giler bset arr dier.tu yg A1 tu) 3- Cikgu Madihah (ajar BM time f3. Very soft spoken n sporting..)

Friday, April 28, 2006

hi..me again..huh..time ni tgh bosan..baru lepas masak..menu ari ni sambal tempoyak udang ngn sayur taugeh masak lemak dengan tauhu..uhmm tu pun abah aku yg ajar td..huhuh..tlupe lak cane nk msk..malu je..hehe seb baik ade cfu mengajar..cuti2 ni blaja masak je la..dah kene masak..kenela gak..sedap xsedap bantai je..so far xde org komen yg teruk2..ok la tu..cumexde org puji je..huhuhuh..2 3 hari ni xtenteram sket..biasela pompuan..kesihatan pun xmengizinkan gakselseme je..mmg aku ni xleh lame2 kat umah ni..xsehat!rase nk pindah balik murni je..kat sana aku sihat sokmo..uhmmm..nnti la aku pkkan nk pindah balik ke x..duit lg tu..kalo keje xpe..huhuhduit2..xde ke org yg budiman nk kasi aku duit free2 camtu je..tanpa buat ape2..adeh..mse ni la tpk psl projek yg xberkesudahan ni..warrgggggghhhhh!!!!!!! tensennyer..xde mood nk buat

Tuesday, April 25, 2006

ARI NI XDE APE SGT NK DCERITAKAN. RUPENYER DOK UMAH PUN BEST GAK. XDE NK TENSYEN2 NGN ORG..BUAT HAL SENDIRI.XDE NK IGT2 ORG TU DAH..ASAH SKILL MEMASAK..HAHAHA..MKN..HUHUHU.TP RINDU GAK KAT YG LAIN2 TU..MEMBER2 DAN SUASANA DKT APTMNT YG SUDAH JAUH DTINGGALKAN. SEMUA TU DAH JADI KENANAGAN. SKRG NI DOK UMAH SIAPKAN PROJEK YG XABIH2 LG NI.BORING GAK KDG2 TU.
SMLM HAJAT AKU SMPI GAK NK G LOW YAT.KEPAYAHAN MEREDAH KESULITAN DGN SISTEM BAS YG DAH TUKAR..TENSEN TOL!ELOK2 BOLEH NAIK BYK2 BAS DULU NK G KL..SKRG DIER G TUKAR NGN RAPIDKL YG MENYUSAHKAN TU!KENE NAIK BYK BAS..LRT PUN SATU GAK..BAS PUTRA DULU ELOK2 ADE SATU JE YG G LALU SEMUA TEMPAT TERMASUKLAH UMAH AKU SKRG NI DA BYK JENIS PULAK,KENE LA TGGU BAS YG LALU UMAH AKU BARU BOLEH NAIK..MENYUSAHKANNYER!!! KALO ADE BYK XPE..ITULAH SATU..KALO TLEPAS..NK TGGU LAGI MAU BERKURUN GAK TU..XKESAHLA..SEB BAIK SMLM ADE ORG TMN..XDELA SESAT..SMLM GAK 1ST TIME AKU NAIK MONOREL..ALA..CAM LRT GAK LAJUNYER..XBYK BEZE PUN..TMPT DUDUK DIER JE XBEST..HIHIHI..SEDAP JE KUTUK..HAHAHA..LPS NI BOLEH LA AKU G MERAYAU KAT SG WANG KE..LOT10 KE..LOW YAT KE SOWANG2..DA TAU JLN N SENANG NK G..NAIK MONOREL JE..UHMMM BEST2..
CUTI2 NI AKU KONTEK NGN MIMI JE..YG LAIN TU MANE LA KORG EK..?TAU LA KORG DA ABIH..HUUUUHUHU..DA XNK GENG LA TU..YG JANJI NK CYCLING NGN AKU ROUND2 GOMBAK PUN NTAH MANE HILANG NTAH...BERIYE JE...AKU TGGU JE NI..HAHAHAHA..YE LA..AKU TAU KORG BZ..NAK CR KEJE LAK LPS NI..KALO X JD PENANAM ANGGUR YG BERJAYA PLAK..BESAR TU TGGJAWAB TU...PAHAM2..XPE..NNTI KORG GRAD INSYAALLAH AKU DTG MENYEBOK..KASI BUNGE SEKUNTUM SORG..OK?HAHAHA..KORG KALO ADE NK G MANE2 AJAK LA AKU YG XGRAD LG NI..NK GAK G BERCUTI NGN KORG..HUHUHH..

Saturday, April 08, 2006

Merasa dan Terasa

Xde ape yg nk dirasakan melainkan merase terharu dan bahagia disamping rakan2 tersayang..
Terasa sunyi mengingatkan family kat rumah..dah lame sgt aku xbalik..bru2 ni adik call..giler rindu nk dgr suara dier..uhmmm msg2 bz..haha

Merasa boring giler di saat ini sbb housemates ramai yg balik umah...aku ngn dibah je ni..huhuh
Terasa nk kluar...nk g makan la...lapo...da~~

aktiviti sepanjang minggu ini

Wednesday, April 05, 2006

Xde ape nk ditulis dlm jam ini..perut tgh lapa..nk klua mkn bersama2 housemate tercinta...da~~~

Monday, January 02, 2006

Kenangan Manisku di Darjah Satu..

Bile tgk berita td pasal budak2 baru masuk darjah satu..aku teringat plak time aku dulu..hehe yg pasti pengalaman masuk darjah satu paling mendebarkan time tu sbb first time masuk skolah betul..ye lah mmg la aku penah skolah tadika..tp lain tau suasananye..uhmm..aku melalui zaman sek rendah aku kat sek. ren. keb. gombak dua..adelah somewhere kat gombak tu..skolah tu kongsi ngn sek ren keb. gombak satu..kire ade 2 sesi la..petang n pagi..time tu aku skolah petang..first time pakai pinafore(ala..baju skolah yg skirt tu..;))..malu..ye lah..aku tadika Islam dulu..pakai bj kurung..tetibe kene pakai skirt lak..lain betul rasenyer..

Macam bebudak baru yg lain, mak abah diorg datang anta..aku abah aku yang anta..daftarkan..tunjukkan kelas..tunjukkan tempat duduk..sumelah abah aku yg buat..sampai carikan kawan baru pun abah aku gak..aku dulu pemalu sgt...hihi..dok je diam2..lepas settle, abah aku kluar..aku tgk je mane abah aku pg..kejap2 aku intai kat pintu..alhamdullilah abah aku tggu kat luar..hehe aku pun legela.then aku g dok ngn bdk2 tu...dari situ la aku kenal kawan aku yg pertama dlm darjah satu tu..name kawan aku tu Sharina..aku kawan ngn dier sampai sekarang..dier comel time tu,budak bertocang due..heheh sekarang pun..tp time tu aku sombong jer..ntah la..takut lg kot..aku tgk keliling..diorg tu mcm2 fiil..yg aku xleh lupe..ade sorang tu..bdk lakila..dier tu chubby2 sket..dier dtg ngn ayah dier..dah duduk tmpt sume..ayah dier cau la..dier bantai nangis sampaikan guru beasr yg ade lalu kat situ masuk kelas kitorg tenangkan dier..tp xjalan gak..last2 panggil masuk ayah dier..ayah dier pun join kitorang dlm kelas tu sepanjang ari kat sekolah tu..huhuh sian ayah dier...tp budak tu xlame kat skolah kitorg..dier pindah lps sebulan kat situ..heheh..

Tapi yang aku xsangke la kan...kawan aku yang sorang nie..sampai skrg ade depan mata aku...xtau la aku ikut dier ke..dier yg ikut aku...ntahla..dari sek rendah...naik sek menengah sampailah kat universiti ni dier ade..huhuhu..sem ni same kelas plak tu..hehehe
okla xkesah pun..cume xsangke jer..uhmm tp mmg best la kenangan mase skolah dulu..nasib aku baik gak..sbb kengkawan aku ni xlose contact..still buat gathering..meeting la..mmg beze giler la diorang dah besar ni..hahahah..ade yg dah kurus..ade yang dah mcm mak bapak budak..hehehe pape pun kitorg still mcm dulu..mesra alam..hehehe.. harap2 lg 10 tahun korang kenala aku lagi yerk..nnti gathering sume bwk anak2 masing2..hehehe.. k la..malas nk tulis lagi.. Kepad semua pelajar sekolah di Malaysia...SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!!

p/s- nak nyanyi lagu nie..

rajin adik rajin..
rajinlah belajar...
bila besar nanti...
boleh tunjuk ajar...
ayah juga ibu..
gembira selalu..
melihat adikku..
rajin baca buku... :)